Saturday, December 17, 2011

bismillah...

bissmillahirahmanirahim...

ya allah, dikala ini hati aku gundah,
dengan hasutan nafsu dan akal waras ku sendiri,
ya allah, aku sedih terasa diri sangat jauh dari mu,
sangat jauh, sehinngga aku takut aku tidak dapat gapai rahmad mu,
ya allah aku selalu bermimpi tentang hari kiamat,
apakah maksudnya ya allah?
aku takut wahai tuhanku,
takut aku tidak dapat menjadi umat akhir zaman yang berpegang pada al-quran dan hadis,
takut akan pembalasan mu,
terlalu banyak noda dalam diri ini,
aku hanya mengigatimu semasa aku memerlukan mu dan ketika hati ini keluh kesah,
pada masa gembiraku, ku umpama bebas.. bebas dari tanggungjawabku padamu ya allah,
jahatnya aku,
fikiran singkatku selalu mempersoalkan ke agungan mu,
ampunkan aku ya allah,
siapalah aku ini,
ilmuku terlalu lalu sedikit, mungkin lebis sedikit dari zarah yang ada dalam satu-satu atom, jika dibandingkan dengan ilmumu yang tak terlangkau dalam akal fikiran hamba hina sepertiku,
syaitan dapat memperdayakan aku, wahai tuhanku,
memperdayaku untuk mempertikaikan mu,
ampunkan aku, ya allah,
aku tahu sesuatu yang engkau ciptakan sesungguhnya bukan sia-sia,
ya allah, ingatkan aku jika aku lupa,
ingatkan aku tentang keesaan mu ya allah,
ingatkan aku akan hari pembalasan, 
ingatkan aku bahawa aku hanya hambamu,
makhluk ciptaan yang tiada daya jika tanpa izin mu,
ampunkan aku ya allah,
sedarkan aku,
KAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

amin....