assalamualaikum.... apakahabar?? ari nie dah makan kismis? kurma? air yasin?? hehe....
oklah.. pembuka cereta ari nie, aku yang terasa amat rajin untuk membuat entry tentang
maulid nabi vs hari valentine..even dah terlambat buat beberapa hari.. heh! i busy u... dan aku yakin mestilah semua manusia atas bumi nie tau valentine tu nk sambut apa? maulid nabi tu sambutan untuk apa.. kan..kan..kan...heh.. kecualilah.. baby-baby yang masih merah didalam pelukan ibu terchenta kalau tidak tahu masih boleh dimaafkan.. yelakan, die nak tau macam mana, mata pown x boleh bukak untuk melihat muka si ibu yand letih dan muka bangga si apak..
|
valentine day |
|
versus
|
maulidur rasul |
apakah itu valentine day??
soalan cepu perak kepada anda.. haha.. tau x? haa.. aku ada aura rasa macam ada yang dok ngaga tak paham..tolong tutup mulut anda sebelum setan membuat tapak perkemahan didalam mulut anda.. haha..ok.. valentine day atau nama glemoress die
hari kekasih ialah hari untuk kekasih-kekasih membawa pasangan memasing ketempat-tempat makan atau kehotel-hotel atau ke motel-motel atau ke hostel-hostel.. (tak..tak.. tipu..tipu.. not hostel sat gi ada yang kena saman dengan warden asrama.) untuk menunjukan rasa sayang mereka kepada pepasang memasing.. dan pada hari ini jugalah kedai bungga, restoran, hotel, kedai jajan, kedai runcit mengumpul dana bagi memberi bonus kepada pekerja kerana pepasang kekasih ingin memberi surprise kepada pasangan.. hadiah-hadiah yang biasa diberi seperti chocolate, bunga raya, jajan, rantai berlian poh kong, gelang permata buatan pasar filipin dekat sabah nu ha, subang 3 RM3.00 (sebab aweks pakai 2 balaks pakai 1), T-shirt couple dan yang paling utama condom-condom juga laris dijual pada hari ini..
valentine day ini disambut bagi memperingati siapa??
haa.. satu lagi soalan beras jenama bernas.. valentine day yang disambut untuk memperingati kematian
san valentino de porto atau nama gelaran yang aku bagi ialah
san valentengkok de popato..(hambek ko..) beliau adalah antara matir-matir terkenal pada abad pertengahan. matir-matir ini ialah ahli-ahli ulamak orang kristian yang amat disanjungi oleh penganut agama itu.. san valentino ini adalah orang kuat kepada paus atau ketua agama kristian di Rome pada masa itu. akibat ketaatan beliau terhadap agama kristian dan telah banyak menyelesaikan masalah yang berkaitan agama, ratu isabella telah memberi peluang kepada beliau untuk meminta apa saja yang beliau inginkan. jadi beliau meminta kepada ratu isabella supaya kawinkan beliau dengan seorang sister yang bermazhab protestan, tetapi ratu isabella tidak membenarkan beliau berkahwin dengan sister tersebut kerana beliau penganut kristian bermazhab katolik . Jadi beliau dipenjarakan seumur hidup dan mati di penjara rome pada tanggal
14 febuari.
pada hari ini yang indah permai lagi damai seluruh dunia telah menyambut hari kekasih ini, tanpa mengira agama, warna kulit, warna mata, saiz badan dan sebagainya.sebagai orang islam diharamkan menyambut hari kekasih kerana kita seperti mengagung-agungkan orang kristian dan pada hari ini jugalah banyak berlaku kes-kes berkalwad, berzina dan segala ber-ber lagi yang sama meaning denganya. sehinggakan polis perlu mewartakan ops kekasih pada hari tersebut. (apajadahnya semua ini!!) dan kepada kekasih-kekasih sekalian beri la sedikit tumpuan dalam hal ini, bukak la buku, kitab, majalah, Wikipedia, google atau apasaja. jangan lah kita hanya mengikut gaya hidup 'cool' base on pemikiran orang-orang kafir. meaning 'cool' kalau mengikut islam memang mudah. *amal ma'akruf nahi mungkar* dan kita akan bebetol 'cool' kat akhirat nanti insyaallah.
|
haram untuk umat islam |
apakah itu
maulid nabi??
aku sayanag pada mu kepada sesiapa yang menanyakan pertanyaan ini. Bukan apa, ini menunjukkan perasan ingin tahu itu telah merobek ego mereka supaya bertanya (gila punya ayat.. x leh blah..). Ok..ok.. aku nak cerita kat korang, sambutan
maulidurasul 1 malaysia 1 umah ialah untuk memperingati hari kelahiran insan yang paling agung diatas muka bumi ini, iaitu
muhammad bin abdullah ada sesape tak kenal ke?? (memang nk kena la spa yang tak kenal akan manusia agung ini) tak de kan. umat islam seluruh dunia telah menyambut hari maulid nabi dengan meriah. Antara aktiviti yang selalu diadakan di malaysia 'tanah tumpah air liur ku' perarakan oleh jabatan-jabatan kerajaan, NGO-NGO (tidak.. mereka bukan pelacur), unit-unit beruniform dan ramai lagi. sambil-sambil buat perarakan mereka berselawat keatas junjungan besar nabi muahammad s.a.w. diadakan majlis ilmu, ceramah-ceramah
politik agama dan pekara yang boleh membuatkan umat islam mengingati baginda.
|
kekuasaan allah... |
kenapa kita meyambut maulid nabi?
i say i love u..... haha.. sebab kita sambut maulid nabi kerana selepas kelahiran nabi, baginda telah membawa
sinar yang terang menyuluh seluruh alam yang berada dalam kegelapan pada ketika itu. menghapuskan fahaman-fahaman yang syirik lagi karut yang diamalkan oleh jahilliah pada ketika itu, dan memberi tauladan kepada umatnya sehingga kehari ini. keangungan perkerti nabi muhammad tiada siapa yang dapat sangkal even orang jahiliah pada masa itu, mereka mengelarkan baginda al-amin. subhanallah.. baginda adalah contoh ikutan sepajang
jalan zaman kerana baginda meneladani sifat-sifat yang agung kepada umatnya. baginda telah mewasiatkan al-quran dan as-sunnah kepada kita dan kita tidak akan sesat jika mengikutinya. kenapa aku kata rasullullah s.a.w roll model yang lagi hebat dari justin bieber, usher mahupun benjamin netanyahu prime minister israel sekarang kerana baginda ialah
seorang pengembala kambing yang baik, seorang perdagang yang berjaya, seorang suami yang penyayang,seorang sahabat yang disayangi, seorang anak yang soleh, seorang bapa yang hebat, seorang pemimpin yang tegas dan dikagumi, seorang panglima perang yang berani dan seorang hamba allah serta rasul yang terpuji. setiap aspek kehidupan kita pada hari ini kita boleh meneladani muhammah s.a.w. malah baginda tersenarai diantara 100 orang yang paling berpengaruh didunia dan berada di tempat pertama (1st place tu). kehebatan bagida juga dikagumi orang-orang kafir, why? why orang islam sendiri umat nabi muhammad sendiri tidak mahu mencontohi baginda? umat yang terbaik di akhirat kelak. betapa rasullallah s.a.w menyayangi kita.
|
muhammad s.a.w |
jadi pembaca-pembaca sakalian korang nak sambut yang mana satu?? maulid nabi atau valentine day.. hari kelahiran manusia terangung dan kekasih allah atau hari kematian seorang mathir kristian yang mati kerana cinta dunia?? jawapan didalam hati masing-masing.... THE END..
p/s: kepada pemview blog aku nie, aku mintak maap kalu ade yang x suka atau ase nk jadikkan aku punch bag sory2 babeh.. aku sekadar berkongsi rasa dan pemikiran atau pown resipi bukan niat didalam dada nk kasi ade brother2 x pown awks2 cun (piewintttt!!!) terasa, hanya untuk
munasarawak
munasabah diri sendiri. ok.. tu ja kot.. see u in other entry.. assalamualaikum....