Monday, March 21, 2011

sesuatu yang aneh di sungai petani!

assalamualikum ebry buddy.. weh-weh.. dengaq ceta jepun kena tsunami! inanillah, mintak simpang la negara kita yang indah permai dengan dedaun padi yang tengah menghijau menenangkan jiwa, dari dilanda tsunami.. aku ase kalu 8.9 skla rector tu kena kat kuala muda.. aku ase mau lenyap sungai petani dari peta dunia versi terbahru.. tp aku nk puji la orang-orang jepon nie sebab depa punya displin.. selepas tsunami tu even  makan x dak.. x dek pulak kes curik makanan ke curik basikal ke.. memang x de. siap semua pakat beratur kt supermarket nk beli makan. ish2.. aku ase kalu kena kot area malaysia.. mau kes jenayah melambung.. orang miskin pown bole kasi jadik kaya..

ko tenggok! atoman pown lari kalu maen dengan tsunami nie!


ok..ok.. abis pasal tsunami.. hahaha.. intro punya la panjang! heh! bukan itu tujuan aku menulis entry buat kali ini. sebenaqnya pagi tadi berlaku keanehan didaerah sungai petani (aku x tau la area len) bukan la aneh sebab ade UFO buat kenduri sedare-mare die kawin.. x..x.. bukan! cuma pagi tadi buat pertama kali dlm idup aku la kot (mana la nak tau masa aku baby penah jadik kan?) kabus tebal gile.. (aku ade aura ade yang gelak smpai muntah..) weh! memang la ko kata ''ape barang yang anehnye setakat kabus tebal? cameron highland  pown kabus tebal pe.. ke ko yang jarang bangun awal sampai kabus pepagi pown x penah tenggok'' ye.. ye.. aku tau itu semua. tp nie sungai petani bro.. bukan cameron highland.. sungai petani nie adik beradik hawaii la.. panas! suhu normal 32 degree tau.. weh, aku besa la bangun awal.. tp nie bukan sebab pagi bebuta, sebab masa aku kuar tadi 7.50 pg! kalu besa la kan mesti dah nampak matahari senyum letih kat ko kan? tp nie x de.. just kabus je.. ala2 macam jepon pown ade..

lagi tebai dari nie kot!


bukan aku nak kecoh x tentu hala, tp macam ''wah, surprise!!!'' teruja siot.. naek moto nak datang koje pown macam nak senyum.. sebab best.. kalu aku bule snap pic mase atas moto td, tobat ko kater aku sedang berada di korea sebab pergi bercuti. sedangkan aku diatas moto dan berada di sungai petani! kabus die tebal x tebal x sampai 1 km aku kayuh moto spect aku dah basah, helmet aku lencun.. mulut biru, gigi keje nak berkalatuk je.. gerrrrr... sejuk! nasib aku pakai jaket gedabak.. kire badan aku secure la sikit! mana la nak tau, jap gi darah aku abis beku? ( gila punya imagine ). aku ade try hembus-hembus nafas.. mana la nak tau keluar asap! hahahha.. tp x pown..

saing-saing nie la..


jauh pandangan pown hanya menjangkau 300 meter je.. so, memang kene berhati-hati la.. biasanya aku bule smpai opis dlm masa 20 minute sebab aku nie pemandu berhemah dengan kelajuan moto 85-90 km/j, tp ari nie aku mengambil masa selama 25 minute untuk sampai ke opis.. sebabnye aku perlu berhati-hati takut tersilap masuk jalan..( bajet!!) hahaa.. sesampai kat kilang aku nampak ila dalam keadaan suku lencun..( yela umah die kat kota ) sambil mulut terkumat kemik.. aku pown park moto sebelah die..
nie jerebu yeee.. bkn kabus.. jerebu=bahaya utk kesihatan


aku: weh, kat umah aku kabus tebal dowh!
ila: azira ang nie aku tau la rabun, ce ang pi tengok keadaan sekeliling?
aku: jap..jap.. spect aku kelabu kena kabus.
ila: dush!! (helmet die lekat kat perut aku) ang nie... aku cepok jugak kang!
aku: apahal?? tetiba je hentam aku ngan helmet!
ila: bole dk wat lawak pulak pepagi buta..
aku: ang nie sepa bro?? demam ka? lawak kot celah ekzos mana pulak?
ila: haih.. x dak pa la! ce ang tengok kan kabus tebal area sungai petani nie! bukan umah ang ja...
aku: uh..ohhh.. nie apersal ang lencun?
ila: aku la budak nie... kabus la mak cik! umah aku bukannya dekat..
aku: uh..oh... aku phm.. aku phm...

ko tenggok? pecuma je aku kene helmet pepagi buta nie.. punya la tebal kabus! bukan jerebu ok.. aku macam ade aura pelik? apersal pelik beno cuaca ari nie? petanda aper-aper ke? mintak-mintak x de aperla..

p/s: aper-aper pown memang best la kabus tebal nie.. bole kasi terapi kulit! heh! mana la nak tau esk lusa ko jumpa aku, macam ala-ala x kenal sebab dah muke macam jepon! hehehehe... ( siap satu entry). lagi satu.. aku dk sensorang nie dlm opis.. maka aku la boss kepada meja dan kerusi! heh!

Monday, March 14, 2011

article: i love islam

" Jika musuh kita menyerang daripada segenap sudut yang ada, adakah kita akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut? "
" Jika mata kita selamat daripada melihat aurat belum tentu telinga kita selamat daripada mendengar orang mengumpat. "
" Jika tangan kita bebas daripada mencuri, belum tentu kaki kita terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat."
" Jika mulut kita bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluan kita terhindar daripada dosa dan rangsangan. "

Musuh itu pasti menyerang daripada segenap sudut dan melalui segala kemungkinan yang ada. Musuh itu berupakan nafsu yang ada di dalam dirimu atau godaan daripada luar.
Dalam dunia yang sedang kita jalani sekarang, serangan itu semakin menjadi-jadi. Semua perkara dan alat yang kita gunakan di dalam kehidupan seharian akan diaplikasikan oleh musuh-musuh kita untuk melemahkan dan menghancurkan kita.

ko tenggok.. senang je kan nk gi search bende2 merapu..


Hanya dengan melayari internet, kita terus terdedah kepada serangan tersebut sekalipun kita tidak berniat untuk melakukan kemungkaran. Apabila memandu melalui jalan-jalan di kota, kita terus dapat melihat serangan itu terpapar besar di papan-papan iklan. Wanita-wanita mendedahkan bahagian tubuhnya yang merangsang pemikiran lelaki.

Hanya dengan berjalan di sebuah pasaraya untuk memberi barangan keperluan, kita akan terlihat begitu banyak bentuk rangsangan yang merosakkan kekhusyukan ibadah kita. Bahkan hanya dengan memiliki sebuah telefon bimbit, sekian banyak 'SMS' yang masuk menawarkan aksi-aksi panas.



Serangan-serangan yang sedang kita hadapi ini bukanlah sesuatu yang biasa dan sangat menyesakkan dada. Setiap hari kita berhadapan dengannya tanpa diminta. Kita merasakan selamat kerana kita telah sebati di dalamnya. Boleh jadi juga kita sebenarnya telah kalah dan mungkin telah menjadi agen dalaman yang menyerang orang lain.
ہڑپ اکو دیجوہکن داری بندہ-بندہ ینگ منےستکن!

Kita sebenarnya tidak selamat jika kita hanya bertahan daripada satu sudut. Kita memerlukan sistem pertahanan yang memelihara kita daripada segenap sudut. Kita mesti menahan seluruh anggota yang mungkin diserang oleh musuh termasuk hati. Ya, sekalipun jasad kita selamat daripada benar-benar tewas, hati kita mungkin diserang penyakit yang sukar diubati.

Lebih teruk lagi jika kita gagal menyedari bahawa serangan-serangan itu wujud. Bahkan bertambah malang jika kita sudah tidak mahu bertahan lagi dan asyik dengan hidangan-hidangan yang dipaparkan kepada kita. Suatu hari, kita pasti hancur bersamanya.
Ghazwul fikri (serangan pemikiran) yang kita hadapi ini perlu ditentang dan dilawan secara berterusan. Walaupun kita belum mampu membina sebuah gelombang atau sistem yang boleh menghancurkan serangan sedia ada, bertahanlah daripada serangan dalam diri masing-masing.

"Aku sudah cukup kuat, aku pasti selamat."
" Bagaimana dengan ibu dan ayah kita? Adik-beradik kita, anak dan isteri kita nanti? Adakah kita ingin selamat seorang diri sedangkan Al-Quran memerintahkan untuk kita menjaga diri dan ahli keluarga kita daripada api neraka? "

Binalah kekuatan dalaman dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kesedaran bahawa kita tidak akan selamat jika kita tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan.

" Boleh jadi hari ini kita dapat mengelak, namun esok engkau kita terkandas jua."

Kekuatan iman dan takwa perlu digilap dan ditingkatkan supaya kita boleh bertahan dengan semua bentuk serangan. Kuncinya, bersabarlah kerana memang tak mudah.

" Sedarlah bahawa kita ibarat hidangan di mata musuh kita, bila-bila masa kita akan diterkam dan dimusnahkan jika kita tidak berjaga-jaga. Ya, musuh yang boleh muncul daripada mana-mana sudut dalam apa jua keadaan. 
برسکہ ہ
برسدکه لہ دی جلان الله..



p/s: kan.. sekarang banyak gila godaan.. x yah tipoo.. aku pown, nk kawal diri dari bukak benda-benda yang lagho punya la payah! nk kene set dlm mind, jgn tengok gmbar maria.. kalu x hang mengandung!! hahaha... kena set mcm 2.. baqu la takut.. lagi satu, kena set yang malaikat tu memang x reti tidoq dan sentiasa jadik peneman setia, yang akan mencatit setiap amalan.. haa.. baqu la aku nak malu! huh! susahkan idup akhir zaman.. tapi kalu kita dpt kawal semua tu.. kita la manusia yang terbaek.. sebab akhir zaman nie cabaran dia sangat la besar.. tp kenkawan sakalian jgn la risau.. nabi muhammad dah tinggai al-quran dan hadis utk pemandu kita kat ats dunia nie. so, ikut la.. nak keta yang ada pemandu ka yang kena drive sendiri.

Thursday, March 10, 2011

politik dan islam

assalamualaikum..

hari nie aku nak bt enry yang pendek je dan agak serius.. tp hanya pendapat aku..

aku x suka dengan pemerintahan negara pada masa kini.. terlalu banyak yang diseleweng, hak rakyat x dibela dan islam masih x ditegakkan. tanda-tanda kiamat suda dekat semakin nyata kerana apabila negara dipimpin oleh orang yang x sepatutnye. kita berharap agar pemimpin negara bole menjadik imam pada waktu solat dan jugak bole memberi kutbah pada hari jumaat. tp adakah pemimpin negara kita mampu???wallahualam! kita sepatutnye meneladani sistem politik rasullullah dan perlembagaan yang baginda gubalkan.

memang susah untuk mencari politik islam. tapi kalu ada yang ingin melaksana islam dengan sepenuhnya, kenapa kita menolak??


dan dari hadis nabi:
"Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani)

firman allah s.w.t: 
Katakanlah, "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, engkau anugerahkan kekuasaan bagi siapa yang Engkau kehendaki dan mencabut kekuasaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang Engkau
kehendaki, dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki, dalam tangan-Mu segala kebaikkan,
sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu." (QS Ali Imran [3]: 26).
 
kita hidup hanya ingin mendapat redho NYA. berjuang lah selagi islam tidak ditegakkan.sesungguhnya
pejuanggan menegakkan agama allah itu adalah jihad fisabililah!

p/s: apa yang aku tulis kat atas tu hanya la pandangan semata-mata. kalu ko ase mcm azira nie senget, ko bole abaikan.. kalu ko x puas ati ko bole bangkang, kalu ko setuju its up to u. itu saja, aku janji, insyallah dah x de entry yang seserious nie.. ok! assalamualaikum..

Wednesday, March 9, 2011

aku yang hampir sawan!! heh!

assalamuallaikum! hehe.. blurr, tetibe je.. tadi macam best je nak bt entry.. sekali klik new post, sentap pulak depan lappy nie.. potong mood sungguh!! oleh kirana aku memang bole sawan x de koje.. bior aku merepek meraban dalam blog nieh! hahaha... ah'haaa.. dah tau nak tulis aper! hehee.. babe-babe sekalian, ko penah x dengar orang cakap pasal ko, tp dieorang sebenarnye x tau yang ko dengar?? aper, x penah? memang dasar tido mati.. hehehe.. aku penah, baru-baru nie.. kelakar+terharu weh.. bile dengar mak abah aku sembang pasal diri sendiri..

mak abah aku.. maso nk poei aji..


abah: dah tido ke mek 2??

mak: x tau la.. keqah je tu, tidoq la kot..

abah: (sambil tengok aku) haa.. dah tidooq...

mak: aiseh! pelik sungguh budak nie, senang beno tidonye. letak kepala terus x sedo diri..

abah: biaq kat dia la, penat kot!

mak: huh?? koje pown x dok doket kilang tu..

abah: dia senang ati la tu, x dak masalah sebab tu senang tidoq, haa la.. dok ngan mak abah dia, makan cukup, ati senang.. tu yang dia senang tidoq tu..

mak: em.. betoi la abah ang.. dia x dak masalah la tu. hazirah nie memang senang, senang ati.


hahahaha.. aku gila punya cover waktu tu.. mananya x, aku balik koje terus lepak kat atas sofa, abah aku dk baca paper, mak aku dok kat tepi pintu sambil dok tengok pepokok die.. punya syok aku dok sembang ngan mak aku, aku pown x perasan bila aku padam.. sedo2 aku dengar mak abah aku dok sembang pasai aku!! hehehe..

ko tengok mak aku.. mcm x de feel je tangkap gambo.. haha


mesti ko pelik kan apesal la aku syok sangat, basic la mak apak sembang pasai anak2 dia kan?? yup! tapi agak pelik bagi mak ngan apak aku.. depa nie set-set x tunjuk kalu depa sayang anak. jenis bt muka 2 kupang 5 duet je.. selalu jugak la, aku try nak jadik kuching miang pi mengatai ngan mak aku, pecuma je dia balas..

mak: haih.. ang nie sepa?? aku sakit kaki nie.. haila.. bangun2..

aku: ala mak.. adik sakit pala la.. mak urut sat!

mak: mengada-ngada.. bagi minyak cap kapak!

dari kiri: aku, tiqah abg zam, kak aku, ngan mak aku la... (abg aku yang nie pown sengal jugak)


yaaa... itu la mak gua! garang, kasaq.. tapi penyanyang oo... paling memahami anak-anak dia.. gua x penah kene sebat ngan apak gua, tapi ngan mak gua selalu.. hahaha.. masa kecik2 dolu la.. tapi mak gua x leh nak angin ngan sorang je anak die.. lu tau sape?? abang apit gua.. gua jeles maut sama dia, tapi memang x bule nak angin pown sebab die memang manja dan baek, tapi lurus jugak.. macam dolu masa kocik2..

kak: haaa!!! apit ang nak pi mana 2?????

apit: (sambil dok baling baju ikut tingkap) haa.. kak, aku nak pi mandi aloq sat!!

kak: ang pi.. ang pi!! aku bagi tau mak.. (kak aku memang kaki tripod, tapi dia kena getah macam 2 jela dengan apit aku nie)

apit: (dengan muka tanpa riak melawak) baguih.. ang tolong bagi tau mak sat.. aku x dan nak bagi tau nie..

kak: (konfuse nak baling bedak ka? nak tepuk kepala) aku bagi tau mak!

apit: orait! aku pi dolu kak.. ang jangan lupa bagi tau mak..(sambil lompat ikut tingkap)

ngok dak apit aku?? dia suh akak aku bg tau mak aku, tapi dia keluaq ikut tingkap umah gak.. aisehh.. hahahha.. ada lagi mangkuk si apit aku nie..

apit: mak adik nak keluaq sat!

mak: ang nak pi mana??

apit: adik nak pi tangkap ikan sat..

mak: ang pi.. ang pi...

apit: haa.. adik nak pi la nie...

mak: ang pi!!! aku bg tau abah ang....

apit: la.. dah mak sugoh adik pi.. adik nak pi la nie.. ok mak, adik pi dulu.. assalamualaikum!!

hahaha.. nie la apit aku yang keloloh! hehehe...


hahaha.. serius aku gelak bila tulis nie.. mangkuk sungguh! bagus pulak apit aku nie, mak aku x yah suh dia bt koje, die dah bt dolu.. sebab tu la mak aku sayang.. tp sekarang dia dah x semangkuk dolu dah.. umoq pown dah 24.. x kan nk bt perangai macam budak tadika kot?? hahaha... tapi dia tetap manja! dan abang yang paling best..

sebelum berangkat, kami pi makan nasik beraini gam..
dari kiri: kak yaya, anak die, aiman, abah aku dan yang tenggah bejalan tu syaza.


ye.. aku tau, entry kali nie memang bagang! sebab aku pown macam nk kena sawan balik nie... tp satu ja aku nk bagi tau.. mak ngan abah kita nie memang depa x tunjuk yang depa sayang kita. tapi sebenaqnya depa sayang kita.. depa kenai kita lebih daqi kita kenai diri kita sendiri.. so, hargai depa selagi ada nyawa kat badan, even depa garang ka.. emo ka.. x layan kita ka.. tapi sebenaqnya depa sayang semua anak depa even kekadang ada anak yang depa lebih kan.. sebab kita punya perangai bukan nya sama.

last-last nie wa nak kasi la hadis ngan firman allah s.a.w kat lu orang, kasi lu baca hukum anak kepada depa punya 'parent'.


Firman Allah SWT;

“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya ” (Al-Ankabut ayat 8 )

Sabda Nabi SAW;

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

p/S: ok tu je bt kali nie.. hehhe... lagi satu.. wa tengah begang sebab telekat tulang ikan keli.. sakit tekak doe.. ada sapa-tau macam mana nak kasi ilang ase tulang comment wa punya post ok?? assalamualaikum!

argh!!!!!!!!!! damn!!!










Monday, March 7, 2011

ciri wanita idaman malaya.. oleh prof madya azira nordin

assalamualaikum...
oit penduduk kampung semua, sehat ke?? haaa... bagus-bagus. ok ari nie kita bukak la ceter pasal budak laki nak?? nak x?? haa... aku ada aura yang macam excited gila.. hooo... lex wei, aku nak story la nieh.. hehe..

entry kali nie aku cuma nak kongsi la pendapat dan pandangan aku tentang ciri-ciri  pompan yang bebudak laki suka. heh!! pandangan aku ja, ok... don't take it serious ok! benda-benda nie semua hasil dari penglihatan aku yang power 300 ke depan sebab rabun. so, bagi kaum-kaum hero sakalian tulun jangan pancitkan tayar moto aku atau nak pau aku punya duet masa nak balik koje nanti sebab entry ini ok?? it just my opinion..

x sikit punya cun ke?? aku pown bole jatuh chenta kat lisa nie.. bbdk laki??


  1. LAKI SUKA AWEKS YANG CUN haa.. btoi x?? bukan ape, kebanyakkan memember aku yang laki-laki nie diorang memang suka usya aweks-aweks cun. ade yang kata cun tu ikut sesetenggah orang la kan. bagi aku la kan cuba ko gi tanye mane-mane brader yang kata lisa surihani tu x cun? mostly mesti kater die memang cun tarabas la. so, susah jugak kita nak kater, cun tu payah untuk describe sebab bukan semua mata sama. yup, tapi kebanyankan mata akan suka benda yang sama
  2. LAKI SUKA AWEKS YANG MANJA DAN LEMBUT. haa... yang nie aku ase ramai yang setuju. bebudak laki nie payah la nak suka aweks-aweks yang kasar, keras dan selumber nieh. sebab aweks-aweks manja nie selalunye cute giler. aku pown x tau nk describe manja tu macam mana, sebab aku bukan reti pown bermanja-manja nie..(serius aku geli bile tulis nieh) kenapa aku kater macam tu, sebab kebanyakan aweks manja nie memang conform dah ade pak we. payah la nak jumpa yang x de pak we nieh. ye dak?? 
  3. LAKI SUKA AWEKS YANG OPEN MINDEDbukan aper, aweks-aweks yang open minded nie senang diajak bedating, senang diajak lepak, senang dibuat aper pown. 
  4. LAKI SUKA AWEKS YANG PANDAI DRESS UP. jarang la kan kiter nak jumpe awek yang jenis lepak pakai baju t-shit ngan seluar jean longgar ngan tudung bawal biase turun mid valley, CS berjalan ngan sorang brader. bukan x der, ader je.. tp.. jarang ditemui la.
trend zaman sekarang

ok, ciri-ciri wanita diatas ialah untuk bebudak lelaki bt aweks je tau. tp bile diorang nak bt bini, die punya taste jadik laen pulak. huh? sungguh banyak songgeh la bebudak laki nie. antara ciri-ciri perempuan IDAMAN lelaki ialah:

waa.. sejuk mata memandang..


Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.
Suka dimanja. 
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
Tarikan derapan kasut 
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
Jangan bersolek tebal 
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.
Ingat hari pentingnya 
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.
Hormatinya 
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
Jangan terlalu kebudak-budakan 
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
Agresif 
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.
Jangan terlalu seronok 
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
Jangan ganas 
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.
Jangan terlalu baik 
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
Jangan perasan 
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
Sikap sederhana 
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
Sikap keibuan 
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.
Lemah-lembut 
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
Sensitif 
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
Kenali dirinya 
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.
Jaga kecantikan 
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
Gaya kemas 
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.
Jangan kuno 
Jangan bersikap terlalu kuno.
Sering tanya khabar 
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
Jujur dalam tingkah laku 
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.
Suka yang beragama 
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.
Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.
Jangan tunjuk lemah 
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang. 
ciri-ciri wanita solehah..
hahaha.. bende alah nie aku rembat dari google je.. heh!! aku bukannya tau sangat pown. setakat jadik dr.cintanya kepada memenber gua, yang berpengalaman baru setaun jagung. so, aku kene banyak study gi. kalu x kesian anak-anak murid aku. hehe.. ok, berdasarkan fakta diatas.. aku ase ade betoinye gak, sebab bile brade-brade nie nak kawin mesti la die nak wife die perfect di mata dan di hati die kan?? x kan la die nak yang manja, pandai dress up, open minded je kot.. kan? kan? bukan nya bole kasi die konyang pown.. ye x?? hahaha.. macam kelakar je hazirah nordin bt entry pasal nie.. macam x masuk akal je.. tp an.. kalu ikut ciri aweks dan wife pilihan lelaki kat atas tu.. hahaha.. aku memang x de tempat lansung ar.. nak jadik aweks memang x lepas. nak jadik bini pown banyak yang x lepas.. so, azira be cool je.. aku muda lagi kan? belajo dulu.. yeah!! aper-aper pown kiter orang islam kene refer ikut saranan nabi muhammad dalam bab memilih calun isteri.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

insyallah, kalu semua para bakal-bakal suami yang pilih isteri ikut dari saranan nabi, insyaallah bole bahagia.
ada satu firman allah, haa.. baca-baca..

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.” (an-Nuur 24: 3)

ok maksud mudah die, kalu ko tu pencuri bini ko nanti pown pencuri. kalu ko tu baek insyaallah bini ko nanti pown baek. so, kalu nak dapat bini yang baek dan taat, ko pown kene la jadik baek dan taat.. kan??

p/s: hahaha.. abis satu entry.. semua yang aku tulis kat atas tu, ko jgn amek port sangat.. aku nie bukan betol pown.. just sja nak ceta kat korang aku punya pandangan saja.. ok guys jumpe ko di laen entry.. assalamualaikum!.




Wednesday, March 2, 2011

bendang.. adakah tempat permainan anda??

''wei laqi.. wei laqi.. pak arc mai.... laqi.....'' 
hahaha... tu la antara benda-benda yang bole kasi orang dewasa tersensyum lebar. tau x apa?? aiseh.. punya cantek aku bt opening, ampa bole blurr pulak!! hahaha... that what we call 'kenangan'...tell me, sapa yang x dak kenangan yang best-best masa kecil-kecik dulu??? ade x?? mesti ada kan.. waikma, ada 1 je kenangan ko. laen la ko hilang ingatan. itu x dapet la den nak nolong nya.

haaa... lebih kurang la ngan umah aku dedulu..


entahlah, apa hajat dihati aku nie, tetiba pulak rerajin nak mengimbau kenangan silam yang telah lama terkurung dalam tempayan ingatan..(fuhh.. analogi x leh blah lansung). aku nak story ah.. sikit pasal aku kecik-kecik dulu. aku nie beranak kat alor star, kedah. membosar pown doket sano. umah aku dulu umah kampung dekat sangat dengan bendang atau orang bandar panggil sawah. memang x tipoo ah... best sia.. umah sebelah sawah nie. nikmat die orang kampung je tau. dengan bau selut yang mengharum bila time orang nak mesin padi, dengan jeraminya yang cute, dengan padinya yang menghijau. wa.. memang ketenangan dowh.

x ke sikit punya tenang kan? ke x?


apa yang bestnya dengan umah kampung sebalah bendang??
ha... best die, masa aku kecik-kecik lepas orang kutip padi, kan tinggal die punye jerami je kan?? masa tu orang kampung tunggu jerami kering, then dieorang nak bakor je jerami 2 kasi tanah die jadik power untuk tumbesaran padi yang akan datang. so, aku and the geng yang kepala x berapa nak center nie, kasi main dulu la dengan jerami tu. ko tau kiteroang main ape?? hahahahaha.. main perang-perang. best siot maen nie, care maen die senang je.. ko tau kan padi lepas mesin mesti tngal die punya batang je kan. so, ko cabut la batang tu then, baling ke arah musuh. waa.. memang best la. pastu kite bole bt kubu dengan guna jerami. hahaha... kenangan seh! aku ngan memember selalu la kene marah dengan tuan tanah kedaung tu. maunye x kene marah, dah la cabut die punye padi lepas tu gi cucuh api kat batang padi tu then maen perang-perang.. hahahhaa.. baper kali die punya bendang terbakar tanpa disengajakan. semua set-set budak nakal punye kes la tu.. jangan katakan budak, abang aku yang tua kedaung pown join sekali. hahaha... die punye idea la yang gune api tu, kate die nak kasi nampak real macam perang.. tapi jangan la ko gi tuju orang ngan bende alah 2 bila ko letak api.. tu kire nak perang bebetol ngan mak apak budak tu.. ko just kasi die punye kubu musnah je.. kalu macam nak serang musuh, ko x yah la letak api.. but ko kene sedia air la.. takut jap gi satu petak bendang tu tebako yang memang selalu terjadi dekat kami nie.. hehehhe.. memang haru la.

haaa.. nie jerami.. atau macam maksud laen hama padi kot..


ade lagi pemainan yang kiteorg selalu maen dekat bendang.. macam naek mesin padi mase die nak kutip padi tu.. fuhhhh... nikmat die heaven giler, maunye tak tetengah ramai dengan auntie-auntie dan uncle-uncle bukak port sembang petang.. kiteorang best je naek mesin padi reramai sambil mengayat abg yang tengah drive mesin tu..  hah! tu aku tipoo.. tapi aku penah naek sekali je la.. sebab aku takut pacat, lintah and it family.. woooo.. gli sia..yang lain, aku suke port tepi bendang main saper bole panjat pokok sampai ke ujung daun die.. hahahahahaha... meriah giler, mau nye x.. dengan bebudak atas mesin padi lagi, dengan yang tengah keja mesin lagi, dengan bebudak tangkap ikan lagi, dengan mak cik-pak cik punye persidangan lagi, dengan kakak-kak and abang-abag lawan kejip mata lagi, dengan bebudak maen kejar-kejar dan macam la... memang meriah.. ngalahkan orang bt kenduri kawin.



jangan tetipu ade lagi yang kiteorang maen dekat bendang.. haa!! nak tau ape die?? kiterong maen wau or ko panggil lelayang kot.. mesti korang gelakkan, mesti ade yang tersenyum sempol sambil angkat kening sebelah sambil kate ''ala.. aku pown maen lelayang pe dulu kekecik??'' .. well i know la.. memang ramai je orang maen lelayang tapi tempat yang selalu bebudak bandar maen mesti ko pg kat pantai kan?? haa.. mane ade orang jual lelayang dekat bendang?? ye x? hahaha.. aku and the geng memang menjadi port la maen wau dekat bendang sebab best, memang la x leh nak lari sesuka hati, sebab akan menyebabkan kerugian kepada tuan padi tersebut.. ye ar.. kiter orang maen time padi tengah menghijau cantek punya.. kenape aku kate best?? sebab x de pokok kat sawah, kot la nak jadik kemalangan ke mase tengah maen kan?? x de la masalah wau tersangkut atas tiang letrik ke? wau terbang hilang dari pandangan ke? x de.. x de.. semua tu tidak lagi menjadi masalah buat kami.. sebab kalu wau putus pown kiteorang still leh tau tempat die jatuh, bole nampak dengan mata..angin pown best.. bole kasi wau tu naek nuuuuunn jauh ke angkasa raya.. hahahaha.. wau pulak bt sendiri wooo.. sentimental value die laen babe.. kalu bole nak tido pown dengan die.. tapi still ade masalah le.. tuan tanah sawah tu x penah nak berpuas ati ngan kiteorang.. keje nk mendengki je.. x leh tengok orang happy lansung, mesti nak dihalaunye.. haila.. tp apakan daya seorang tua untuk mengangu kenakalan bebudak bijak macam aku nieh.. hahaha.. die penaya kiteorang, kiteorang penaya die balik.. hahahaha.. ko tau aper yang kami bt?? boikot sama anak die, pancitkan tayar moto beliau, sembunyi selipar rumah beliau.. hahahaha.. jahat kan? tapi sekarang x dah..

hahaha.. memang best seh lepak atas 2...




ade lagi.. kiterorang memang suke maen kemah-kemah time ade jerami.. so, kire juara la sape yang bole kasi bina umah paling cun sekali.. heh!! selalunye aku la menang.. sebab kan aku lead?? lepas dah bine segala bagai.. maen la masak-masak.. ok jangan tetipu.. maen masak-masak kiteroang bukanye gune pinggan plastic warne pink ok.. kalu macam tu aku pown geli, kiteorang kasi ade trill sikit, macam iron chef gitu.. guna periuk yang kiteorang jumpa kat pondok tuan rumah then, songlap barang 3-4 bijik.. hahahaha... habuan nak masak bebetul guna api.. macam mana nak dapat api?? kumpul duet ko, nak beli mancis.. habis x kan nak masak periuk je kan?? haa.. nie la perangai kejam yang dah jadi badi kat aku.. kiteorang balik umah rembat bawang, cabai, garam dan air la... tp x kan nak masak bawang je?? mana ade trill kan?? hahahaha... aku dan kerjasama ijan, cop, ila, ani dan yang laen-laen menjalan kan operasi menangkap katak,cicak, pepatung, cacing, berudu, ikan, lipas, belalang dan binatang-binatang liar yang laen.. hahaha.. asal aku kate jadi badi kat aku?? sebab sekarang semua binatang-binatang tu aku jadik allergic nak pegang tambah-tambah ciak ngan katak.. fuhh.. geli seh.. jgn kate binatang tu.. ikan pown aku takut nak pegang kalu x mati lagi.. BALASAN.. hahahaha.. bile maen je, kalu bule x mau la asap tu banyak sangat jap gi tuan tanah nampak memang masak la kiteorang.. part paling heaven bila time letak minyak then masukan bawang.. pergh.. dengan bunyi sekali bau.. bole kasi menangis terharu la.. hahaha.. best memang best, tp ade satu masa tu.. kiteorang tengah memaen tetibe je api tu gi sambo jerami yang memang bebetol dah kering tu.. waaa.. memang pembakaran terbukak la.. nasib x rentung je aku ngan ijan mase tu.. tuan tanah kedaung tu aper lagi kalut ar.. bukan pasal bendang die, tapi takut ade yang mati tebako.. lagi pown padi tu memang die nak bako dah.. kire halal la satu petak hanggus.. pergh!!! balik tu memang haiseh.. ko mesti paham kan bile tuan tanah tu gi report kat mak aku.. maka, wassalam.. memang x maen dah 5 bulan.. hehehe!! name pown bebudak.. die maen balik..

takut pulak aku tengok die bt kemah macam nie..

sape kater jadik budak kg x best.. x berkembang otak??


huh.. tapi sekarang dah x de dah semua tu.. aku ase bebudak sekarang pown  x penah lalui macam mana kite semua penah lalui masa kecik-kecik dulu.. hahaha.. sekarang pun aku dah payah nak jumpa bendang sebab aku pindah dekat s. petani.. umah pulak taman, memang x leh nak di buat aper la.. laman pown bole la habuan nak tanam pokok-pokok kampung.. sebab mak aku nak bt umah aku tu macam umah kg-kg gitu.. even umah taman, nasib la laman die luas.. tp.. memang x de maknenye mak aku nak tanam padi sebelah umah.. bile dipikir-pikir kesian kan bebudak sekarang... hidup dieorang x mencabar lansung.. maenan-maenan dieorang pown bukan macam zaman ko ngan aku dulu.. sekarang zaman ps3, psp la.. macam-macam.. tak mengunakan tenaga dan tak mengeratkan hubungan dengan orang laen.. hehe.. rugi2..

kampung boy....

aiseh.. comei pulak jerami die..


p/s: haha.. kenangan tu bende yang paling berharga la bt aku even paeit atau pown manis.. semua jadik pengajaran bt aku...